Mengemas bilik untuk mood lebih baik

Assalamualaikum & hai..

Hari ni tiba2 datang semangat untuk kemas bilik aku yang macam kapal pecah ni. Dah lama jugak aku  tak mengemas. Patut la asyik rasa serabut aje. Rupanya2 keadaan persekitaran turut mempengaruhi mood untuk study dan sebagainya


Kapal pecah bertukar ke kapal yang kurang pecah.


Ni tempat aku selalu bertapa. Study, main game, tidur & makan pun kat sini jugak.

Salam dari budaksepet.



p/s : Aku nak cari kerja part time ni. Ada yang nak cadangkan kerja yang sesuai? Yang penting fleksibel.


Main game baru Call of Duty : Modern Warfare 2

Assalamualaikum & hai...

Hari ni aku ke SACC mall dengan Ejoi untuk teman dia ambil PSP adik dia yang rosak. Habis dalam RM200 jugak untuk tukar bateri & keypad baru. Aku pulak dah beli game baru ; Call of Duty : Modern Warfare 2. Sekarang ni tengah install. Aisk.. tak sabar nak main ni. hehe.. Entah2 laptop aku ni larat ke tak nak bawa game yang berat ni.




Malam ni pukul 11 malam kitorang nak pergi main futsal kat Seksyen 17 Shah Alam. Shasha nak belanja untuk jam pertama.

Rezeki tak boleh ditolak. Tambah2 aku dah lama tak bersenam.hehe

Salam dari budaksepet,




Cuci mata

Assalamualaikum & hai..

Maaf la sebab lama tak update blog ni. Nak kata sekarang ni sibuk sangat takde la pulak. Sekarang dah lepas fasa yang sibuk. Semester baru ni aku akan menternak lemak dengan jayanya.. hehe.. Perut pun dah makin buncit. adui....

Sekarang ni aku dalam fasa terakhir untuk ke IMS. InsyaAllah jika perjalanan lancar sahaja maka dapat la aku masuk ke IMS di Bangalore ataupun IMS di Shah Alam aje. Jadualnya ialah pada bulan 4 ni.

Kemungkinan aku masuk kat sini aje kot. Kalau kat sini boleh jumpa nurse2 yang cun kat ward. Kalau kat sana nampaknya tak semangat la aku nak g ward.

ehehe..

Salam dari budaksepet,




Chelsea - Latest News and Live Scores